Penugasan masa kini Pasukan_Gerakan_Am

Sejak ditubuhkan, organisasi yang bersifat para militeri ini telah mencapai banyak kejayaan terutamanya dalam menumpaskan pemberontakan bersenjata oleh pengganas komunis, mengawal rusuhan dan kegiatan lanun di negara ini.

Apabila termetrainya perjanjian persetujuan menamatkan perjuangan bersenjata oleh PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai, Thailand pada 2hb Disember 1989, maka tugas menentang insurgensi oleh pasukan ini juga turut berakhir. Dengan berakhirnya ancaman komunis, PDRM telah menggubal semula fungsi utama penugasan PGA. Penugasan pasukan ini kini tertumpu kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah. Keanggotaan pasukan ini juga turut dikecilkan. Berkuat kuasa pada 20 Oktober 1997, Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya secara rasmi sebagai Pasukan Gerakan Am. dengan keanggotaannya kini terdiri daripada 20 buah batalion di bawah 5 buah Briged di seluruh Malaysia.